Isnin, 18 Julai 2011

D' Lorkin Brothers dan Saya

Salam Sejahtera,


Hari yang penting bagi saya kerana dapat membuat persembahan di Lorkin bersama D' Lorkin Brothers.


Bermain bersama sifu dan otai-otai memang menyeronokkan.






Harap ada peminat yang terhibur dengan persembahan kami, Seniman Jalanan
D' Lorkin Brothers.








Antara lagu merdu yang hampir-hampir dilupakan.





Pada hari ini pemain drum ada dua orang silih berganti bermain. Bro Mazlan dan Bro Ismail. Manakala Bro Salam adalah satu-satunya pemain gitar utama. Penyanyi terdiri dari Pakcik Din, Kak Zah, Sdra Din dan Zakaria, serta 2 orang lagi brader baru yang belum sempat saya tahu namanya.
Bro Salleh adalah kordinator tulang belakang yang sangat membantu menjayakan persembahan D' Lorkin Brothers.

Sebenarnya banyak juga lagu yang dimainkan tetapi saya sempat upload 3 video sahaja.

Datanglah kesini kalau ada masa dan boleh juga kalau anda hendak mencuba untuk bernyanyi bersama kami.

Ahli-ahli tetap D' Lorkin Brothers setakat ini:

Salleh - Kordinator
Salam - Lead gitar
Mazlan - Drum
Ismail - Drum & pengacara
Rahman - Bass
PakDin - Penyanyi
Kak Zah - Penyanyi & Penari
Din - Penyanyi
Zakaria - Penyanyi
Muthu - Tukang tari
Robert - Instrumentation.



Terima Kasih kerana menonton.


Saya boleh dihubung:

012 5908561
013 5803331
Rahman Ahmad



Lyrics | Sting & Police lyrics - Every Breath You Take lyrics

Tiada ulasan: