Selasa, 24 Januari 2012

D' Lorkin Brothers - Cabaran Yang Mendatang

Salam Sejahtera 1 Malaysia.


Ini adalah post kedua saya ditahun barun 2012. Saya menjangkakan semua anda begitu sibuk membuat persiapan bagi keluarga dan diri sendiri dalam menjalani kehidupan ditahun abad yang ke 21 ini. Pertama sekali syukur kepada Tuhan kita dapat merasa hidup dizaman yang kita katakan serba moden dan canggih ini. Mungkin generasi di tahun-tahun millenium yang akan datang, merasakan ini semua tidaklah sehebat seperti apa yang kita rasai sekarang.
Apa-apa pun kita semua perlu menyahut cabaran-cabaran yang bakal datang.
Teguhkan hati, kuatkan iman, tebalkan ketakwaan. ( bunyi macam suara ustaz pulak.. :)


Begitulah juga dengan D' Lorkin Brothers. Secara peribadi, saya telah menggariskan beberapa cabaran yang bakal dihadapi oleh D' Lorkin Brothers. Antara cabaran dan masalah utama kami adalah kekurangan peralatan muzik dan ketiadaan penyanyi yang betul-betul mantap. Semoga masalah-masalah itu dapat di atasi dengan seberapa segera ditahun ini.


Ini Video terbaru D' Lorkin Brother pada hari minggu yang lepas 22-01-2012.



PakDin J-Sham, mendendangkan lagu dengan penuh perasaan.


Perkembangan terbaru D' Lorkin Brothers ialah kami telah di anggotai oleh seorang rakan baru Azlan yang bermain gitar kedua. Walaupun berbelakangkan minat kepada irama blues dan hard rock, beliau masih meminati dan sanggup belajar lagu-lagu berentak 60an. Apa yang lebih baik ialah Azlan boleh bermain muzik sambil mendendangkan lagu termasuklah lagu-lagu 'omputih'. Untuk pertama kalinya beliau telah pun menyumbangkan beberapa buah lagu untuk D' Lorkin Brothers.


Kalau ada kesilapan, itu adalah perkara biasa dalam kehidupan.


Akan muncul lagu-lagu variety dan terbaru dari D' Lorkin Brothers selepas ini.



permulaan yang bersahaja tetapi akan menjadi mantap pada penghujungnya.



Sedikit masa lagi kami akan bersedia untuk bermain di majlis-majlis perkahwinan dan apa-apa 'function' dari mana-mana jabatan untk membuat persembahan. Banyak tawaran yang di tolak kerana band kami masih baru dan kurang bersedia kearah itu.


Perkembangan terbaru kami diundang oleh penganjur Junjong Distributor Sdn Bhd untuk bermain disebelah malam pula. Walaupun bagaimana kami masih mempertimbangkan tawaran tersebut.

Sekain Terima kasih kerana melayari blog ini.

Tiada ulasan: