Isnin, 25 Mac 2013

D' Lorkin Brothers - The Only Cowboys in Town


Selamat Sejahtera,



Semoga anda semua sihat dan ceria selalu.




Sebelum bermain ahli -ahli band sedang menguji peralatan muzik masing-masing


Pada 24hb Mac 2013 kita mendapat jemputan bermain di satu majlis kenduri kahwin di Bandar Lahat Baru. Walaupun tidak ada latihan tetapi kita dapat membuat persembahan yang agak bagus.
Para jemputan majlis kenduri kahwin ramai yang menonton persembahan kami sambil menjamu selera. Semoga mereka terhibur dengan persembahan band budget seperti kami ini.


Para tetamu semakin ramai datang sambil menuggu persembahan dari kami




Lebih dari 30 buah lagu dinyanyikan oleh tiga orang penyanyi iaitu penyanyi tetap D’Lorkin Brothers Pak Din yang mendapat jolokan J-Sham Ipoh. Saudari Intan penyanyi yang serba boleh, yang beberapa kali didatang khas dari Teluk Intan manakala saudara Iskandar atau lebih mesra dengan panggilan Is adalah yang merupakan penyanyi baru kami.

Keluarga baru D' Lorkin Brothers

Dengan adanya penyanyi-penyanyi baru ini telah menampakkan ada satu pembaharuan dalam corak persembahan D’Lorkin Brothers dimana penyanyi penyanyi yang baru telah memperkuatkan lagi daya persembahan kami dengan lagu-lagu yang popular yang agak baru dan kelainan.
Sebelum ini kami hanya mampu memperdendangkan lagu-lagu irama 60an nyanyian Pak Din, disebabkan tidak ada penyanyi yang lebih junior ketika itu.


Bro mazlan - drummer yang sentiasa bertenaga


Anggota-anggota pemuzik terdiri dari  Mazlan pemain drum, Salam pemain gitar utama, Rahman pemain bass, Mus pemain keyboard dan Salleh coordinator dan juruhebah. Seorang lagi ahli kami yang tidak dapat bersama iaitu Azlan pemain gitar rythm kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


Azlan - the rythm man

Koordinator - Bro Salleh sedang membincangkan sesuatu
  
Mengimbas kembali sejarah, nama D' Lorkin Brothers (D'LB) di ambil sempena nama pasar lokin yang agak terkenal kepada warga Ipoh. Disitulah bermulanya sebuah band yang ber'gimik' ala koboi, yang bermain secara spontan tanpa latihan.  Inilah kerja yang agak 'gila' dan merupakan cabaran yang paling besar yang jarang-jarang dilakukan oleh band-band yang lain.

Sejak beberapa lama kami kekurangan penyanyi dan pemuzik. Dengan mendapat khidmat seorang pemain keyboard baru-baru ini, dirasakan susunan muzik kami semakin terisi dan mantap.



Dengan gaya kami yang tersendiri


Sdra Mus pemain keyboard yang berpengalaman adalah anggota baru kami yang dijemput khas dari Teluk Intan. Di harapkan kami akan terus mendapat khidmat beliau selepas ini walaupun memandangkan tempat tinggal beliau yang agak jauh ke selatan bandar Ipoh.


Sdri Intan sedang menyampaikan sebuah lagu negeri Perak, lagu Wan Lebor


Sdri Intan dan Is adalah penyanyi baru kami yang berbakat dan mereka mampu menyanyikan berbagai-bagai jenis lagu. Dari irama lama sehingga ke lagu-lagu yang menjadi kesukaan remaja dimasa kini. Irama hindustan juga tidak ketinggalan.



Iskandar vokalist muda bersama otai D'Lorkin Brothers


Diharapkan dengan adanya penambahan ahli pemuzik dan penyanyi akan memantapkan lagi D’Lorkin Brothers dimasa akan datang.

Minggu ini adalah minggu yang paling sibuk buat semua ahli dimana kami dijemput bermain dibeberapa tempat selain bermain ditempat kegemaran kami di lokin pasar karat Ipoh, Perak.

Cik Ein - dengan posingnya yang menarik

Kami juga berterima kasih kepada cik Ein, atau nama sebenarnya juga Intan yang juga penyanyi jemputan kami, kerana dengan inisiatif beliau kami mendapat tawaran untuk bermain di tapak Uptown Sunway City, Tambun, Ipoh, Perak.


Stage di Uptown Sunway City yang bakal sering digegarkan oleh D'LB
                       
Kami diberi beberapa kemudahan oleh penganjur untuk bermain disana sambil itu dapat kami mempromosikan band D’Lorkin Brothers yang semakin mempunyai ramai peminat disekitar bandar Ipoh.



Persembahan malam berdekatan Stadium Indera Mulia, Ipoh

Sebelum ini dengan usaha beliau juga kami mendapat bermain di Stadium Perak, bersebelahan Stadium Indera Mulia atas anjuran satu karnival permotoran di Ipoh Perak yang dinaungi YB Pn. Hamidah. Terima kasih diucapkan kepada cik Ein Intan.
Terima kasih kepada peminat kami yang sering member sokongan dan mengundang kami bermain dimajlis-majlis mereka.



Bro Mazlan dengan drum kesayangannya


Jika anda mahu mengundang kami ke majlis keramaian anda sila hubungi Kordinator kami,  En Salleh
019-4358155
  
 
Sifu Salam

 

 

                            
Mus


            





Rahman

                                                                                                                                                                                            
  
D'Lorkin Brothers
The Only Cowboys in Town

Tiada ulasan: