Ahad, 17 Jun 2012

D' Lorkin Brothers - Selangkah Ke Depan




Salam Sejahtera,

Sudah hampir 4 bulan saya tak update blog saya. Ramai pengunjung setia blog bertanya kenapa tidak ada benda yang baru kebelakangan ini. Saya minta maaf atas kesibukkan yang tidak dapat dielakkan.

OK, saya terus saja kepada perkembangan terbaru D’Lorkin Brothers baru-baru ini. Kami mendapat banyak juga tempahan bermain untuk majlis perkahwinan. Namun banyak juga yang terpaksa ditolak kerana ada beberapa masalah yang tak dapat di elakkan.


Pada hari jumaat malam lebihkurang 3 minggu yang lalu dari tarikh artikel ini ditulis, kami dijemput bermain di majlis makan malam Datuk Bandar Ipoh di perkarangan Restoran Tamara FC (tapak lama Nasmir) ditepi Sungai Kinta di tengah pekan Ipoh.


Restoran Tamara FC - Bersantai sambil menjamu selera bersama keluarga


Tamara FC ialah sebuah restoran Seafood & Tomyam Halal, satu-satunya restoran tomyam terbesar di pekan Ipoh yang mempunyai kawasan ruang legar rekreasi yang tercantik. Sesiapa yang pernah berkunjung kesana pasti akan mengakui kecantikan taman permainan kanak-kanak dan landskap yang luas yang mengelilinginya.

Pada awal persembahan kami pada malam itu mengalami masalah teknikal dimana gitar utama kepunyaan ‘sifu’ tali terputus. Kami semua agak terperanjat kerana baru saja memainkan lagu pembukaan, keadaan terjadi seperti yang tidak diingini.

Seawal persembahan untuk lagu perkenalan D’Lorkin Brothers sahaja tali gitar dah terputus. Persembahan terpaksa diberhentikan selam 5 minit untuk sifu menukar tali dan bersambung semula selepas itu.
Sayang sekali saya tidak berkesempatan merakam sebarang video pada malam tersebut kerana sibuk bermain bass..it's so dissappointed. Nasib baik ada seorang rakan sempat merakam satu lagu menerusi hanset kepunyaannya. Saksikanlah video amatur dibawah



Azlan mendendangkan lagu 'Cinta Oh Cinta'





Persembahan pada malam itu dikira mantap. Banyak tetamu kehormat yang datang termasuk rakan media dari tv dan akhbar tempatan. Pertama kalinya D’Lorkin Brothers bermain didepan tetamu kehormat dan media tempatan. Kami mendapat tempat untuk bermain di Tamara FC pada setiap hari Jumaat malam.






Kami membuat persembahan secara percuma, tetapi jika ada sesiapa dari para penonton yang murah hati ingin menderma untuk kami, kami terima dan kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka. Ada diantara penonton yang menderma serta membeli kami air minuman.



Pengusaha dan tetamu kehormat di hari pembukaan Restoran Tamara FC

Di Tamara FC, kami diberi jamuan makan setiap kali selesai membuat persembahan pada setiap kali.
Terima Kasih kepada pengusaha Restoran Tamara FC. Datanglah beramai-ramai ke medan selera Restoran Seafood Halal Tamara FC.



Antara sajian enak dan berkahsiat yang terdapat di Restoran Tamara FC


Sambil menjamu selera anda boleh berhibur bersama kami serta nyanyian karaoke dari pengusaha rakan kami yang sama-sama memeriahkan malam-malam anda sebagai warga Ipoh. Untuk aktiviti 'live band' hanya pada hari jumaat malam mulai jam 9.00 - 12.00 malam.
Sama-sama kita hidupkan kembali bandaraya Ipoh dengan aktiviti yang ceria dan sihat.
Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Datuk Bandar serta Tamara FC yang berkenan mengundang kami untuk bermain dimajlis makan malam tersebut.





Kami bersedia untuk bermain di apa-apa majlis anda terutama majlis perkahwinan, majlis pejabat, dinner dan lain-lain dengan bayaran yang amat berpatutan. Jika anda berminat untuk mengundang kami atau inginkan keterangan lanjut jangan segan-segan sila hubungi nombor telefon dibawah:

Salleh : 019-435 8155
Salam : 017-487 2948
Mazlan : 019-503 7609
Rahman : 012-590 8561
Azlan : 013-366 7011
Shaharudin : 017-543 7145






Drum jenama YAMAHA yang baru dibeli oleh Bro Mazlan

Tiada ulasan: