Khamis, 9 Februari 2012

D' Lorkin Brothers - Masa Begitu Pantas Berlalu

D' Lorkin Brothers, Ipoh Perak


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,


Semoga anda sihat dan ceria selalu. Pejam celik pejam celik kita sudah memasuki bulan Februari 2012. Kalau dalam kalendar Islam bulan Rabiul-Awal 1433H adalah bulan ketiga dan juga bulan ulangtahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw. Rata-rata umat Islam menyambut Maulidul Rasul mengingati perjuangan Nabi saw yang hampir-hampir dilupakan oleh sebahagian generasi kita. Dalam mengejar keseronokan dunia, jangan lupa kepada akhirat.

Pendek kata "Dunia mau, akhirat pun mau"

Baru-baru ini saya ada menghadiri majlis Maulidul Rasul di sebuah surau berdekatan rumah saya dan berkesempatan mendengar ceramah dari seorang ustaz yang juga pesyarah sebuah kolej Islam di Perak. Antara intipati ceramah beliau adalah usaha menimbulkan kesedaran dan mengingat kembali jemaah tentang perjuangan Rasulallah saw dan masalah yang dihadapi umat Islam sekarang, khususnya orang-orang Melayu. Katanya, kebanyakan orang Melayu seakan-akan atau sudah tidak mengambil berat tentang kehidupan dunia dan akhirat yang di ajar Rasulallah saw.



Gambar Hiasan

 

Mujurlah juga ustaz itu tidak menyentuh tentang bermain muzik. Majlis itu juga diserikan dengan lagu-lagu nasyid dari CD dengan menggunakan PA sistem dan pembesar suara. Bermain muzik ini ada sebahagian pendapat ulama mengatakan haram dan ada sebahagian yang mengatakan tidak, asalkan tidak melalaikan atau berlaku unsur-unsur yang dilarang dalam Islam. Bak kata pelawak Zizan dan ustaz Azhar Idrus penceramah terkenal masakini, "Main muzik ni, hukum dia jangan sampai jadi najis".


Kalau anda belum tengok, saksikan video dibawah:





Saya copy video ini dari Youtube yang di uploadkan oleh JomGiKuliah pada Jan 1, 2012. Terima kasih tuan yang empunya video tersebut.

Ustaz Azhar seorang yang hebat. Saya pun tidak menyangka beliau boleh bermain gitar dengan baik sekali. Jangan ingat otai ulama kita semua tak tahu bermain muzik, malah ada yang hebat-hebat. Cuma mereka segan nak tunjuk di khalayak ramai.

D' Lorkin Brothers seminggu dua ini dibanjiri dengan penyanyi-penyanyi baru dan lama. Apa yang menariknya kita dapat menarik minat penyanyi muda remaja untuk turut bernyanyi.




Seorang penyanyi wanita muda turut mencuba mendendangkan 2 buah lagu.



Seorang pendatang baru yang ingin bernyanyi bersama D' Lorkin Brothers. Nama glamor beliau, YBZ, saksikan video dibawah:




Kami sedang mencari penyanyi tetap wanita untuk bernyanyi di majlis2 kenduri kahwin dan sebagainya, kalau anda berminat sila hubungi segera:

012-5908561 (Rahman)
017-4872948 (Salam)

"Muzik yang baik dan indah tidak dilarang dalam Islam"
Sekian. Terima Kasih.

mancadd@yahoo.com

Tiada ulasan: