Ahad, 7 April 2013

D' Lorkin Brothers - Yang Penting Heppi

Salam Sejahtera.

Bersesuaian dengan tema tajuk blog kali ini, suka saya memaparkan cerita pendek baru-baru ini persembahan kami di uptown Sunway City Tambun, Ipoh iaitu pada 6 April 2013.


Saya memilih tajuk blog kali ini 'Yang Penting Heppi' adalah diambil dari judul sebuah lagu dangdut moden Indonesia nyanyian Jamal Mirdad. Dalam lagu tersebut ada rangkap liriknya yang mengatakan " suka..suka, nyanyi di pinggir jalan..suka suka, joget dipinggir jalan.. " Lebih kurang macam itu lah jugak kami.



Abang Mis yang kekadang datang menyanyi suatu ketika dahulu



Di pasar Lokin pentas tempat kami bermain muzik dan bernyanyi adalah dipinggir kaki lima jalan, kat uptown Sunway ni pun sama. 
Cuma beza kat uptown kami disediakan pentas khas dikawasan lapang berdekatan padang dan jalanraya yang agak selesa dan dilengkapkan dengan peralatan sokongan yang diperlukan oleh kami. Terima kasih diucapkan kepada penganjur.




 

Malam itu merupakan malam ketiga band D'Lorkin Brothers membuat persembahan diatas pentas selesa dengan semua peralatan muzik di 'intergrate' kedalam satu 'mixer' atas usahasama beberapa orang rakan crew karaoke.



 
Antara rakan crew karaoke yang amat membantu



Penyanyi pada malam ini terdiri dari Pak Din, Azlan, Iskandar Shah, Ika Stacy Salam dan seorang penyanyi wanita jemputan.



Azlan dendangkan suatu lagu berirama rock and roll
 




















P.Din menyanyi dengan gaya tersendiri

Iskandar - vokalist baru yang berbakat dan serba boleh

 
Ika Stacy Salam - Cinta Muka Buku



Penyanyi wanita jemputan yang mendendangkan 2 buah lagu


Malam ini disebabkan ada perkara yang tak dapat dielakkan kami bermain tanpa pemain keyboard, Mus dan soarang lagi penyanyi wanita, Intan. Walaubagaimana pun show berjalan agak lancar walau ada sedikit gangguan bekalan elektrik terputus beberapa kali.

Kehadiran penonton agak ramai dan mereka rasa terhibur kerana kami mempersembahkan berbagai rentak lagu dari 60an, pop, dandut, rock & roll, rock dan lagu-lagu pilihan yang terkini.

Drummer tak berapa sihat malam ni, kena flu..




Otai D'LB dengan gaya ala koboi - buat masa ni kami belum ada lagi penyanyi - Country Cowboy - sikit hari ler..



Untuk pertanyaan atau untuk mengundang kami kemajlis tuan-tuan sila hubungi: 019-435 8155


Sekian terima kasih.






p/s; Terimakasih kepada Is kerana merakam gambar-gambar yang menarik.








Tiada ulasan: