Salam Sejahtera,
Ahli-ahli D' Lorkin Brothers telah mengadakan beberapa sesi latihan di studio muzik di Meru baru-baru ini. Tuan punya Studio Xamtec, Sham yang begitu mesra pelanggan telah memberi kami lebihan masa untuk practise di studio beliau. Selain dari layanan yang bagus, studionya juga agak luas, nyaman dan cantik dengan hiasan gambar pada dindingnya. Peralatan muziknya juga baik. Kami bercadang akan sentiasa mengunjunginya selalu jika ingin membuat latihan.
.
 |
| Dari kiri, Salam, Saleh, Mazlan, Mus, Rahman, Iskandar (duduk didepan) |
Sesi jamming kali ini tidak menggunakan keyboard sebaliknya Mus pemain keyboard bermain rythym menggantikan Azlan yang tidak dapat hadir. Lagu-lagu yang di praktis malam ini antaranya ialah lagu rock Ella seperti Dua Insan Bercinta, Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Permata Biru. Ada dua tiga lagu dangdut dan lagu irama Hindi dipraktis sekali. Semuanya dinyanyikan oleh Sdri Intan.
 |
| Ahli group berposing semasa sesi bergambar selepas jamming |
Untuk lagu-lagu Iskandar antaranya ialah lagu Terima Kasih - Awie, Lembaran Terakhir -Ahmad Jais, Yang Sedang-Sedang Saja – Iwan dan Yang Penting Heppy – Jamal Mirdad.
 |
| Sedang mencari tune yang betul |
 |
| Drummer yang agak tenang setelah memukul drum lagu rock Ella. |
 |
| Persefahaman dan sikap tolak ansur dalam latihan atau persembahan adalah faktor penting kejayaan sesebuah band. |
 |
| Intan and the band boys |
Sesi latihan berjalan lancar dan kami diberi extra time oleh Sham untuk bermain tambahan dua tiga lagu terakhir. Terima Kasih kepada Sham pemilik studio muzik Xamtec yang juga membantu mengambil gambar-gambar kami.
Sekiranya anda berminat dengan kami untuk membuat tempahan, sila hubungi saya melalui email; mancadd@yahoo.com
atau hubungi telefon; Hp: 019 435 8155 - En Saleh
Sekian, Selamat Maju Jaya.
Author:
Rahman Ahmad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan