Isnin, 25 Februari 2013

D' Lorkin Brothers - Bermuzik Untuk Hobi dan Kedamaian

Salam Sejahtera





Suatu masa dahulu

  
Salam untuk semua peminat D' Lorkin Brothers yang berada disekitar bandar Ipoh dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Baru-baru ini kami mendapat beberapa undangan bermain muzik di beberapa lokasi di kawasan Ipoh, sebab itulah kami tidak dapat bermain di perkarangan Lokin pada beberapa hari minggu yang lepas.

Ada beberapa tempahan untuk bermain di majlis perkahwinan pada siang dan malam pada hari Ahad, maka kami tidak akan berada di Lokin pada hari itu, kami meminta maaf kepada peminat yang selalu datang menonton kami.



Bermain di salah satu majlis kenduri kahwin


Kami akan mempelbagaikan lagu-lagu dari irama 60an, irama hindustan, dangdut, lagu-lagu siam sehinggalah ke irama country cowboy yang bakal mendapat penyanyi yang sesuai selepas ini. Kami juga akan mendapat khidmat seorang pemain keyboard yang berpengalaman bagi memantapkan lagi irama muzik kami.


Jika anda ingin membuat tempahan sila hubungi pengurus kami:

En Saleh:
019-435 8155









Tiada ulasan: