Isnin, 10 Jun 2013

D' Lorkin Brothers - Kami Kembali Ke Uptown



Salam Sejahtera





Setelah sekian lama tidak dijemput bermain di Uptown Sunway City, kini kami dijemput kembali bermain pada setiap hari jumaat malam. Atas inisiatif dari seorang ahli, kami diundang kembali untuk membuat persembahan disana. Undangan bermain muzik kali ini lebih bermakna buat semua ahli kerana kami mendapat ganjaran yang agak memuaskan dari sebelumnya. Apapun terimakasih kepada pihak yang terlibat kerana masih memerlukan tenaga kami untuk tujuan promosi Uptown Sunway.






Kepada sesiapa yang belum pernah berkunjung ke Uptown Sunway Tambun, Ipoh, anda dipersilakan datang berkunjung kesana. Ianya terletak disatu kawasan lapang berdekatan MacDonald selepas Pasaraya Giant dan Lost World Tambun, Ipoh Perak. Berbagai aktiviti yang menyeronokkan boleh didapati disana selain pasar untuk membeli belah. Sila lihat peta dibawah.




Persembahan kami bermula dari jam 9 malam sehingga jam 12 malam. Ketiadaan selama beberapa bulan tidak bermain di Uptown, kami di gantikan dengan beberapa siri persembahan dari band-band yang diundang oleh pengurusan Uptown Sunway.
Disebabkan kami mempunyai peminat tersendiri diuptown, berkemungkinan juga pihak pengurusan inginkan kami kembali. Untuk pembayaran, kami tidak terlalu ‘demand’ untuk bermain disini. Asalkan kami diberi beberapa kemudahan, kami akan datang membuat persembahan. 
Sesuatu perkara yang baik  adalah ‘win win situation dimana selain kami boleh menarik pengunjung ke uptown, kami juga boleh mempromosikan live band kepada peminat-peminat lagu berirama 60an dan 70an.




D’ Lorkin Brothers adalah sebuah band yang sering memainkan lagu-lagu pop yeh yeh 60an. Pada masa yang sama kami juga akan bermain lagu-lagu yang baru dan lagu-lagu yang menjadi top hit pada era-era tertentu. Disamping itu ada juga melayan permintaan lagu-lagu dari penonton.
Selain penyanyi tetap, D’ Lorkin Brothers juga turut mengundang atau sedia menerima penyanyi-penyayi sambilan. Kami sering membuka peluang untuk penyanyi yang baru-baru berjinak untuk bernyanyi diiringi live band. Memang tidak dapat dinafikan masalah-masalah penyanyi baru bila  ingin menyanyi bersama kami. Umpamanya key suara dan lagu-lagu yang diminta. Walaubagaimana pun kita cuba untuk melayan setiap penyanyi sambilan yang ingin membuat persembahan bersama kami.



Selain bermain disini (Uptown Sunway) kami juga sering bermain di pasar karat Lokin di bandaraya Ipoh. Jika anda biasa berkunjung kesana pada setiap Ahad, anda akan dapati sebuah band seniman jalanan yang bermain secara percuma itulah band D' Lorkinn Brothers yang pada asalnya ditubuhkan di pasar lokin.





Kami juga sedia untuk bermain di majlis-majlis perkahwinan disekitar bandar Ipoh. Jika anda berminat untuk mengundang kami, kami hanya mengenakan bayaran yang agak murah. D’ Lorkin Brothers adalah sebuah live band budget yang bermain secara spontan dan santai.




Jika ingin menjemput kami, sila hubungi: 012-4379974 En. Saleh

Tiada ulasan: