Khamis, 15 September 2011

D' Lorkin Brothers - Nostalgia Kenangan Lalu

Salam Bahagia semua warga Ipoh.

Berjumpa lagi kita di Lokin Ipoh. Tempat menjual berbagai barangan lama dan antik. Datanglah ke pasar karat Lokin untuk melengkapkan pagi Ahad cuti hujung minggu anda. Satu-satunya tempat tumpuan di ibukota Ipoh yang lain dari yang lain.

Minggu ini saya uploadkan beberapa video D' Lorkin Brothers untuk tatapan anda yang berminat. Untuk saat ini cuma satu video sahaja yang sempat saya upload disebabkan kesibukan tugas-tugas khas.

Kenanganku



D' Lorkin Brothers menghadapi beberapa masalah umpamanya ketiadaan penyanyi pada satu-satu masa tertentu menyebabkan persembahan terpaksa di tangguh sehingga menunggu penyanyi bakat baru yang ingin mencuba bernyanyi. Rata-rata penyanyi baru boleh menyanyi tetapi mereka mengakui tidak pernah menyanyi diiringi band. Mereka kebanyakkannya adalah peminat karaoke.

Minggu ini Brader yg menamakan dirinya Abg Din menjadi penyanyi utama. Dipertengahan persembahan Bro Ismail menyelamatkan keadaan dengan bertindak selaku DJ, Penyanyi serta pemain drum gantian. Hu..hebat bro Ismail ni..buat lawak pun boleh..nanti ada masa saya akan upload video-video terbaru D' Lorkin Brothers.



Minggu ini saya dan teman-teman sepermainan berbesar hati kerana kakak saya peminat D' Lorkin Brothers dari KL datang untuk menyaksikan persembahan kami. Manakala anak saudara saya Wandi membantu mengambil aksi video D' Lorkin Brothers.
Terima kasih diucapkan.

Tiada ulasan: