Khamis, 22 Disember 2011

D' Lorkin Brothers - Penghujung Kenangan 2011 - Ombak Rindu Berlalu

Salam Sejahtera


Sekian lama saya menghilang kini tampil kembali untuk mencoretkan sesuatu perkembangan D' Lorkin Brothers. Tidak tercoret rasanya semua yang berlaku kebelakangan ini. 2011 telah tiba dipenghujungnya dan akan kita tinggalkan dengan seribu kenangan;






Sepanjang perjalanan hidup terpaksa di tempuh segala cabaran dan rintangan demi perjuangan untuk hidup yang lebih bermakna. Kebahagiaan yang dicari entah dimana-mana. Begitu juga dengan sebuah band seperti D’ Lorkin Brothers yang masih samar-samar menempah nama dipersada seni. Mulanya dengan hanya bermain untuk suka-suka kini seakan suatu keterpaksaan dan keperluan beriadah di hujung minggu. Dalam perjuangaan tidak boleh lari dari onak duri dan kehampaan. (ehh..mcm terlebih emo plk ayat2 diatas nie.. : )






Kejayaan yang hakiki tidak akan tercapai tanpa komitmen yang tinggi dalam sesuatu yang kita perjuangkan. Perjuangan seseorang tidak sama dengan yang lain dan boleh jadi berbagai-bagai tetapi tujuannya tetap satu. Ada perjuangan yang memerlukan pengorbanan titik peluh usaha gigih. Ada perjuangan yang mengorbankan masa dan tenaga, kasih sayang, jiwa raga, wang ringgit, cinta kasih sayang malah sehingga kepada pengorbanan nyawa.
Dalam mengejar cita-cita dan cinta dunia jangan lupa cinta kepada Maha Pencipta yang tida berbelah bagi. (falsafah tuu.....)

Lagu Cintaku 100% menjadi antara lagu yang popular di nyanyikan oleh penyanyi-penyanyi D’ Lorkin Brothers.






Bersabarlah dengan apa-apa musibah yang terjadi keatas kita. Sabarlah Menanti kemenangan yang bakal menjadi milik kita suatu masa nanti. (saje je teman taipkan sume nie..sekadar nak memenuhi ruangan jer.. :)
Lagu Tak Sabar Menanti, dendangan Bro Ismail - DJ Vokalist D' Lorkin Brothers.




Terima kasih kerana menonton. Ketika ini D' Lorkin Brothers sedang mencari seorang penyanyi wanita tetap untuk tujuan latihan dan persembahan terutamanya persembahan di rumah kenduri kawin. Sesiapa yang berminat sila hubungi saya dengan segera melalui SMS di no hp: 012-5908561.

Terima Kasih

Selamat Maju Jaya. Salam Untuk Semua.

Rahman Ahmad.

Tiada ulasan: