Isnin, 2 Januari 2012

D' Lorkin Brothers - Keazaman Yang Membara

Salam Sejahtera,

Tahun 2011 telah kita tinggalkan dan kini 2012 menjelma pula. Hampir setiap individu memasang azam pada awal tahun 2012 ini. Ada yang betul-betul berazam dengan azam yang baru dan ada yang hanya mengulangi azam yang tidak tertunai ditahun lepas.Begitulah kami berazam untuk menubuhkan band sendiri bersama rakan-rakan yang sedia ada untuk bermain di majlis-majlis perkahwinan ataupun apa-apa function jabatan kerajaan. Apa yang menjadi sedikit masalah ialah kami ketiadaan kesempatan untuk berlatih.






Minggu ini agak berbeza sdikit dari minggu-minggu lepas kerana D’ Lorkin Brothers ada menampilkan beberapa penyanyi yang fasih berbahasa Hindi menyampaikan antaranya lagu Arje Khalte yang saya sendiri tidah memahami apa maksud lagu itu.





Selain lagu-lagu biasa kita ada memainkan lagu-lagu baru yang tidak sempat saya upload kan semua disini kerana beberapa sebab tertentu. Setiap minggu ada saja penyanyi baru datang yang minta bernyanyi dan mengulangi lagu-lgu yang telah biasa sering sangat dimainkan.





Antara masalah bila mengiringi penyanyi baru ialah ada antara mereka yang tidak biasa bernyanyi diiringi band dan kadang-kadang masuk lagu tidak betul 'timing' dan langsung tidak memberi ruang untuk gitar solo. Ada juga yang langsung tidak tahu korus lagu, terus saja 'flat' sampai habis lagu. Ada yang bila ambil key suara dah ok, tapi bila nyanyi terus tukar key lain. Ternyata lagu dan muzik menjadi ketara sumbang dan lead gitar terpaksa mencari key chord semula. Ini semua menyebabkan serba sedikit mencacatkan persembahan D' Lorkin Brothers. Tapi walaubagaimanapun terima kasih diucapkan kepada mereka kerana sudi menyanyi bersama kami.





Ada juga antara penyanyi yang boleh bernyanyi dengan baik. Syabas diucapkan kepada mereka.



Maaf saya tengah update blog..bersambung lagi selepas ini

Tiada ulasan: